Menurutnya, dua lelaki lain yang terlibat dan turut ditahan dalam operasi khas itu berusia dalam lingkungan 40-an.
''Kesemua mereka termasuk dua warga emas terbabit tidak menyedari kehadiran anggota penguat kuasa di premis berkenaan kerana sedang enak menjamu selera,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mohd. Emran, seramai tujuh anggota penguat kuasa JAIM terlibat menjalankan operasi berkenaan yang bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang.
Ujarnya, pemeriksaan yang dijalankan di premis itu dibuat berdasarkan aduan orang ramai yang mengesyaki kedai tersebut menjadi tumpuan lelaki Islam yang tidak berpuasa.
''Sewaktu anggota penguat kuasa menyerbu premis itu, empat lelaki berkenaan sedang makan secara terbuka," katanya.
Tambahnya, kesemua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
''Ia meliputi larangan makan, minum, membeli atau menjual makanan dan minuman kepada orang Islam.
''Di bawah peruntukan itu, mereka yang melakukan kesalahan boleh didenda tidak kurang RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan," jelas beliau.
Tambahnya, bagi kesalahan kedua pula, pesalah boleh dikenakan denda sebanyak RM2,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan.
Katanya, bagi umat Islam yang didapati menghisap tembakau atau seumpamanya pada siang hari pula boleh dikenakan denda RM500 atau tiga bulan penjara dan RM1,000 atau enam bulan penjara untuk kesalahan kali kedua.
No comments:
Post a Comment