KUALA LUMPUR 17 Sept.— Orang ramai yang ingin pulang ke kampung menjelang perayaan Aidilfitri ini tidak perlu bimbang untuk mendapatkan tiket kerana masih terdapat 16,097 tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang masih belum dijual. Daripada jumlah 50,272 keping tiket bagi pelbagai kelas untuk kesemua sektor perjalanan iaitu Utara, Pantai Timur dan Selatan bagi tarikh 24 hingga 30 Sept ini, sebanyak 34,175 tiket telah dijual dan ia masih berbaki 16,097.
“Rata-rata tiket untuk perjalanan pulang ke Utara, Pantai Timur dan Selatan hampir kehabisan manakala tiket untuk perjalanan kembali ke Kuala Lumpur atau Singapura masih banyak,” menurut kenyataan KTMB di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment