September 30, 2008

Roti goreng 'Farina' tambat selera


SOLEHA menyediakan roti goreng 'Farina' di bazar Ramadan Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur semalam.


KECIL TAPI ENAK. Walaupun saiz roti goreng 'Farina' kecil namun ia mampat selain adunan serta keenakan intinya pasti menambat selera sesiapa sahaja yang mencubanya.Roti goreng berintikan daging dan ayam sebagai inti utama itu turut ditabur dengan bawang dan digabungkan dengan rasa dua jenis sos cili sebelum digulung bersama kulit popia.Ketika digoreng, aromanya pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang mengunjungi bazar Ramadan Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur.Pengusahanya, Solehan Nor Mohammad, 38, berkata, dalam satu hari, kira-kira 150 buku roti berjaya dijual dengan harga RM1.80 setiap satu."Tak ada yang istimewa, tapi sesiapa yang dah beli, pasti nak beli lagi," katanya yang mula membuka gerainya di bazar itu seawal pukul 3.30 petang dengan dibantu oleh dua pembantunya.

September 29, 2008

TERESA KOK – KEBIADAPAN YANG MELAMPAU


SEPT 2008, memberikan satu kenangan manis dan pahit kepada penduduk CHERAS BARU apabila mereka telah didatangi oleh pemimpin kesayangan mereka meraikan majlis berbuka puasa. TERESA KOK… nama AP DAP yang selalu menimbulkan pelbagai isu berkaitan dengan ISLAM sekali lagi bertindak sedemikian apabila menghadiri majlis berbuka di Masjid Nurulsaadah hanya dengan memakai SKIRT.


Bukankah itu satu bentuk kurang ajar yang sengaja telah ditunjukkan oleh AP DAP itu terhadap ISLAM. Adakah dia ingin memberitahu kepada rakyat bahawa ISLAM di MALAYSIA terutama dari kepimpinan Barisan RAKYAT lemah terdapat Institusi keagamaan sehingga tindakannya seolah mendapat persetujuan komponen PAKATAN RAYAT terutama MAT SABU dari PAS. Buat apa MAT SABU kat situ kalau x boleh menasihati.. Agaknya dok tengok kaki putih TERESA sampai terlupa.


Sudah-sudahlah sedara ku sekelian. TERESA KOK mempunyai misi dan visi untuk memberikan tekanan kepada orang MELAYU dan agama ISLAM. Bermula dengan penubuhan pusat pembiakan BABI, petisyen jangan AZAN di PUCHONG dan kini strategi terbarunya... penghinaan kepada ISLAM dengan memakai SKIRT di Masjid.


Sekiranya orang MELAYU tidak bersatu hari menentang sebarang bentuk penghinaan kepada ISLAM kerana berlainan politik, maka tunggulah saat kejatuhan. Sekiranya Cina TERESA KOK ini kalau tak diawasi.. dia akan memberikan impak yang lebih besar kepada masyarakt dan negara.


Dah tiba masanya PAS memikirkan semula gabungan dengan UMNO... Tidak ke mana perginya kalau PAS masih terus bersekongkol dan meyokong setiap langkah DAP walaupun diketahui bahawa ianya merupakan penghinaan kepada ISLAM.


TERESA KOK bukan satu hari baru tinggal di MALAYSIA. Dia sepatutnya peka dengan sensitiviti keagamaan terutama Agama ISLAM. Mana boleh sewenangnya dia pakai SKIRT di Masjid , seolah-olah mahu mencapat Isstitusi keagamaan.

Malang nasib Enot



Malang nasib Enot duit raya dah kena kebas.

Pinggan ubi untuk yang belum kenyang


RAMANESS (kiri) dan rakannya, A Emmanuel meratah pinggan diperbuat daripada ubi kayu di Melaka semalam.

MELAKA - Pinggan boleh dimakan?

Bunyi mungkin pelik, namun ia boleh dilakukan apabila Pengarah Urusan NHI Sdn. Bhd., P. Ramaness selamba memamah pinggan 'pakai buang' organik keluaran syarikatnya sehingga habis.

Menurut beliau, pinggan berbiodegradasi keluaran syarikatnya itu adalah yang pertama di negara ini dan diperbuat daripada ubi kayu.

"Kami mengambil masa hampir tiga tahun untuk menyelidik dan membangunkan produk ini di kilang kami di Nilai," katanya ketika ditemui semalam.

Menurut beliau, tujuan produk tersebut dihasilkan ialah untuk mencari alternatif kepada pinggan polistirena yang membahayakan alam sekitar apabila dibuang kerana ia lambat lupus.

"Jadi, pinggan ini lebih mesra alam dan tambahan pula, cebisan pinggan ini turut boleh digunakan sebagai makanan ternakan atau ikan peliharaan," katanya.

Kata Ramaness, pinggan tersebut memiliki ketahanan terhadap cecair selama kira-kira satu jam selain tahan jika digunakan dalam ketuhar gelombang mikro serta sesuai digunakan untuk makanan berkuah.

Rahsia guna zip seluar dalam



KUALA LUMPUR - Seluar dalam rupa-rupanya bukan lagi sekadar pakaian kerana ia juga berfungsi sebagai 'tempat' paling selamat' bagi segelintir pembantu rumah menyembunyikan barangan majikan yang dicuri.

Mereka dipercayai menyimpan barangan kemas dan wang majikan dalam seluar itu bagi mengelak majikan menemuinya semula di tempat lain.

Taktik itu terbongkar apabila seorang pembantu rumah terpaksa menceritakan kepada majikannya bahawa seluar dalam seperti itu memang ada digunakan oleh sesetengah pembantu rumah dari Indonesia.

Wanita itu terpaksa mendedahkan rahsia tersebut selepas dia sendiri disoal-siasat oleh majikannya, seorang pensyarah universiti yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 50.

"Saya dah banyak kali menjadi mangsa sehingga memaksa saya membuat pemeriksaan mengejut ke atas pembantu rumah baru-baru ini selepas barang kemas dan wang dalam beg duit saya hilang.

"Akhirnya saya jumpa seluar dalam berzip dan di situ dia menyimpannya,'' kata Faridah ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau menceritakan, pembantu rumahnya itu mengakui seluar dalam itu satu cara yang selamat dan berkesan untuk menyimpan barang curi.

"Saya pernah hilang cincin berlian berharga RM19,000 tetapi gagal menemui semula walaupun semua ahli keluarga menyelongkar bilik pembantu rumah.

"Satu-satu tempat tidak periksa ialah pada bahagian bawah badannya dan pada waktu itu saya tidak mengetahui dia memakai seluar dalam berzip,'' katanya dengan menambah, pembantu rumahnya itu sempat melarikan diri selepas itu.

Kampung atasi rekod MBR


LUKMAN NUR HAKIM (kanan) teruja dengan pelita yang dipasang sepanjang Jalan Kampung Seri Tanjung di Masjid Tanah, Melaka sambil ditemani adiknya, Alia Nurazwani Azman (kiri) dan rakan, Nur Fatiah Zamri, 9, semalam.


ALOR GAJAH - Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah mencatat sejarah apabila memecahkan rekod pemasangan pelita tradisional terbanyak dengan jumlah 40,000 pelita.

Kejayaan memecahkan rekod 30,000 pelita itu yang dilakukan kompleks membeli-belah Sunway Pyramid, Selangor pada 2005 diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seri Tanjung, Mohd. Yusof Salleh, hampir 700 penduduk bergotong-royong menjayakan cabaran berkenaan.

"Disebabkan jumlah pelita yang diperlukan terlalu banyak, kami terpaksa membelinya sampai ke Kajang, Selangor,'' katanya.

Jelasnya, setiap rumah diberikan 120 buah pelita untuk dipasang di keliling rumah dan pemasangan di lorong-lorong dilakukan secara bersama.

Paku, besi tajam perangkap jalan


FARREL menunjukkan besi tajam dan span berpaku yang sengaja ditabur di atas jalan raya di Kuala Terengganu semalam.



INILAH besi tajam yang sengaja ditabur oleh individu tidak bertanggungjawab di atas jalan raya
di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Tanpa memikirkan nasib ribuan pengguna kenderaan yang pulang berhari raya, ada pihak tergamak meletakkan pelbagai jenis 'perangkap' di laluan-laluan utama negeri ini.

Antara perangkap tersebut ialah span berpaku, besi tajam, minyak petrol serta pasir yang sengaja ditabur di jalan raya sama ada untuk membocorkan tayar atau membuat kenderaan terbabas.

Lokasi yang kerap menjadi sasaran ialah laluan Kuala Terengganu-Kuantan, Jerangau-Jabor, jalan pantai Kuala Terengganu-Kota Bharu dan jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melalui Bandar Permaisuri.

Kewujudan perangkap tersebut didedahkan Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Terengganu, Farrell Charles Rasu yang berkata, kegiatan jahat itu berleluasa sejak awal Ramadan dan dijangka berterusan selepas cuti Aidilfitri ini.

Ujarnya, pihaknya mula mengesan taktik berkenaan selepas beberapa laporan diterima mengenai kebocoran tayar kenderaan dan kemalangan kerap berlaku di lokasi tertentu.

"Biasanya perangkap-perangkap ini diletakkan di kawasan selekoh dan laluan sunyi. Pemandu kereta atau penunggang motosikal yang tidak perasan dengan kehadiran objek itu akan melanggarnya.

"Kita dapati span berpaku sepanjang tiga inci dan besi tajam kadangkala hanya membocorkan tayar, tetapi tidak melekat pada tayar. Ia akan terus berada di atas jalan dan membocorkan tayar kenderaan lain pula selepas itu.

"Susah untuk mengesan lokasi spesifik di mana perangkap akan diletakkan kerana pihak terbabit boleh meletaknya di mana-mana jalan yang dilalui banyak kenderaan," katanya kepada Aapai semalam.

Ditanya pihak yang bertanggungjawab memasang perangkap tersebut, Farrell percaya ia angkara pemandu trak tunda dan pemilik bengkel tayar yang mahu meraih untung daripada kesusahan pengguna jalan raya.

"Beberapa mangsa mendakwa sebaik kereta mereka bocor dan terbabas, pihak terbabit datang secara tiba-tiba menawarkan bantuan walaupun tidak dihubungi," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan kumpulan penyamun turut menggunakan taktik serupa bagi menghentikan kereta mangsa untuk disamun.

Sementara itu, tinjauan Aapai bersama Farrell mendapati, perangkap seumpama itu bukan sahaja diletakkan di lokasi sunyi, malah sebiji span berpaku ditemui berdekatan simpang empat di Losong di sini.

Farrel berkata, beliau percaya banyak kemalangan berlaku disebabkan perangkap-perangkap tersebut, tetapi mangsa tidak menyedari perbuatan khianat itu adalah punca sebenar kemalangan.

Katanya, sepanjang cuti hari raya nanti, para pemandu dijangka semakin sukar mengesan perangkap-perangkap tersebut memandangkan jalan raya dipenuhi dengan kenderaan.

"Macam span berpaku ini, kalau di atas jalan paku-pakunya tak kelihatan, tetapi tanpa kita sedar di dalam span ada berpuluh-puluh paku tajam," ujarnya.

Kampung Padang bermandikan cahaya pelita


pelita daripada barangan terpakai berbentuk pelita Masjid Alazim, Menara Kuala Lumpur dan Ferris Wheel menjadi tarikan di Kampung Padang , kelmarin.
- Gambar Aapai Sepai


Kedatangan Syawal tidak lama lagi sememangnya ditunggu oleh umat Islam yang menjalani ibadah berpuasa terutama kanak-kanak.

Pelbagai cara digunakan untuk memeriahkan sambutan hari raya dan sudah menjadi tradisi di sesetengah tempat, pertandingan memasang pelita masih diteruskan dengan niat untuk mengembalikan nostalgia Ramadan semasa ketiadaan elektrik suatu masa dahulu.

Pertandingan pasang pelita sama sahaja seperti memasang lampu berwarna-warni serta membuat biskut iaitu untuk mewujudkan suasana ceria dan gembira perayaan yang datang hanya setahun sekali.

Itulah yang dilakukan masyarakat Kampung Padang apabila pada 10 malam terakhir Ramadan setiap penduduk akan bergotong royong menyiapkan pelita menggunakan bahan-bahan terpakai.

September 28, 2008

MELAKA SESAK...


WARGA Indonesia sesak membanjiri Jeti Pelabuhan Melaka sementara menunggu giliran menaiki bot untuk balik ke Dumai, Pekan Baru dan Bengkalis, Sumatera di Melaka, semalam.


Ketika tinggal tiga hari sahaja lagi Ramadan akan berakhir, umat Islam di seluruh dunia semakin sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bagi mereka yang tinggal jauh dari kampung halaman, sudah pasti kini sibuk bersesak-sesak di semua lokasi kenderaan awam untuk pulang menyambut 1 Syawal bersama keluarga dan sanak saudara tercinta.

Mingguan Malaysia yang membuat tinjauan di jeti itu semalam mendapati suasana itu tidak terkecuali bagi warganegara Indonesia yang bekerja di negara ini khususnya di Melaka.

Saban tahun, Jeti Pelabuhan Sungai Melaka pasti menjadi tumpuan apabila beratus-ratus warga Indonesia yang bekerja di negara ini, membanjiri lokasi tersebut untuk pulang berhari raya di kampung masing-masing.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, jeti Pelabuhan Melaka sememangnya menjadi tumpuan rakyat Indonesia untuk pulang ke negara mereka memandangkan kedudukannya paling dekat dengan sempadan negara berkenaan.

Jabatan Imigresen negeri menjangkakan lebih 900 warga Indonesia sejak minggu lalu melalui jeti tersebut bagi perjalanan dua jam ke Dumai, Bengkalis dan pekan Baru di Sumatera.

Bilangan tersebut dijangka bertambah sempena cuti hujung minggu ini apabila ada ahli keluarga dan majikan mengambil kesempatan menghantar saudara atau pekerja rakyat Indonesia yang mahu pulang di jeti berkenaan.

MENGHIDUPKAN TRADISI...


NIK Zainab Nik Mohamed (duduk) memberikan wang zakat kepada fakir miskin di kediamannya di Kampung Penambang, Kota Bharu, Kelantan, semalam.


Setiap kali menjelang 27 Ramadan memang menjadi tradisi bagi pengusaha songket terkenal Kelantan, Nik Zainab Nik Mohamed, 81, memberi zakat kepada fakir miskin di kampung kediamannya sejak 30 tahun lalu.

Semalam, kira-kira 2,000 orang membanjiri kediamannya di Kampung Penambang, Kota Bharu, Kelantan sejak pukul 7 pagi bagi menerima zakat tersebut.

Beliau menyediakan wang zakat RM10 untuk dewasa manakala kanak-kanak menerima RM5.

Rahsia Murtabak Babu sedap


AMRAN menyediakan Murtabak Babu yang popular di Bazar Ramadan, Kuala Klawang, Negeri Sembilan semalam.


MENYELERAKAN. Rempah ratus turun temurun menjadi resipi ‘rahsia’ sajian yang dikenali Murtabak Babu di Bazar Ramadan, Kuala Klawang, Jelebu.

Pengusahanya, Amran Abdul Kalam, 40, berkata, kira-kira 200 keping murtabak dijual setiap hari sepanjang Ramadan ini.

“Murtabak ini dihasilkan dengan menggunakan rempah-ratus terpilih dan setiap daging dan ayam yang digunakan untuk isi dalam murtabak dipastikan diperap dengan bahan-bahan berkualiti.

“Harganya juga berpatutan iaitu RM2.50 sekeping,’’ katanya.

Beliau dibantu oleh isterinya, Julia Mohd. Yusof, 37, serta anak-anaknya dalam penyediaan bahan-bahan yang dilakukan sejak awal pagi bagi memastikan murtabak dapat memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan.

Lemang tahan dua tahun?


R&D membolehkan produk tempatan seperti lemang lebih sedap dan tahan lebih lama.


NEGARA kita mempunyai pereka produk yang kreatif dan inovatif namun malangnya rekaan mereka tidak ditambah nilai ekoran kurang keyakinan syarikat tempatan mahupun antarabangsa memasarkannya.

Pengerusi Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Zainuddin memberitahu, bagi mengatasi masalah itu MRM akan membuat rancangan realiti televisyen ala American Inventor.

"Kita berharap rekaan pereka tempatan dapat diiktiraf serta diperkembangkan. Kita berikan bantuan modal dan promosi supaya idea tidak beku begitu sahaja,

"Setakat ini semuanya telah bermula dan kita menjangkakan ia dapat direalisasikan tidak lama lagi," katanya.

American Inventor dihasilkan oleh Simon Cowell. Program realiti televisyen ini mengisahkan pencarian pereka produk terbaik untuk Amerika Syarikat.

"Barangan automobil negara kita seperti kereta sudah mendapat pengiktirafan dunia namun rekaan produk negara kita masih lagi ditahap sederhana.

"Jika keropok pisang, ubi tetap dibungkus dengan plastik empat segi. Tidak cuba membuat seperti bentuk botol ala cip, lebih tahan lama pelbagai perisa dan menarik perhatian semua bangsa termasuk warga Eropah," ujar Ahmad Zainuddin.

Bicaranya lagi, ketupat, rendang, lemang kita mampu pergi jauh lagi jika terdapat kajian dan penyelidikan (R&D) makanan tradisional itu mampu bertahan lama sehingga dua tahun mungkin malah dengan pelbagai perisa.

"Finland yang hasil ekonominya hanya kayu kayan serta tiada sumber ekonomi lain mampu menjadi pengeluar telefon bimbit terutama dunia,

"Mereka memegang prinsip falsafah rekaan dengan kuat dan kita perlu mencontohinya. Inovasi dan reka bentuk perlu berjalan seiring jika tidak pincanglah produk kita," ujar beliau.

Tuan rumah 'tarik duit' dipulau





KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang selama ini membenarkan rumahnya di sebuah kampung di Marang, dijadikan markas kegiatan 'tarik duit' oleh Long Daud tidak mahu lagi diperalatkan oleh bomoh tarik duit itu.

Sudin, 33, (nama samaran), mengakui sudah serik kerana beliau menjadi sasaran kemarahan para pelabur selepas Long Daud lesap bersama wang mereka kira-kira dua bulan lalu.

Menurut Sudin, selama ini rumahnya menjadi markas dan yang dikesalinya beliau sebenarnya tidak mendapat apa-apa pun habuan sebagai tuan rumah.

"Perbuatan Long Daud menghilangkan diri menyebabkan jiran-jiran dan rakan-rakan saya yang melabur selama ni menyalahkan saya.

"Mereka ingat saya orang tengah yang mendapat komisen daripada Long Daud, pada hal saya tak dapat satu sen pun.

"Saya malu dan hidup saya dah tak macam dulu sebab saya dipandang serong oleh orang kampung dan bekas pelabur. Malah nak minta kerja-kerja di kampung pun dah segan," katanya semalam.

Beliau yang bekerja sebagai penoreh getah membenarkan rumahnya dijadikan markas kerana tertarik dengan tawaran Long Daud yang dikenali menerusi seorang rakan untuk menganjurkan upacara tarik duit.

"Masa tu tak fikir pasal rugi, maka saya rasa tak salah buat di rumah saya," katanya yang merasakan keluarganya mula dipulau oleh orang kampung.

Beliau mengakui ketika menghilangkan diri, Long Daud membawa bersamanya wang kira-kira RM50,000 daripada 117 pelabur yang menyertai kegiatan tarik duit.

"Saya sendiri tak tahu ke mana dia pergi. Tapi dia memang lesap selepas keluar laporan Kosmo! dulu," ujarnya yang telah mendirikan rumah tangga setahun lalu.

"Kalau jujur dia tak sepatutnya hilang begitu sahaja. Tapi dia sekarang hantar kad raya dan pujuk kami masuk semula. Mana wang kami yang dilaburkan dulu?," katanya.

baru-baru ini melaporkan kegiatan tarik duit di sebuah kampung di Merchang, Marang yang sepi seketika dipercayai mahu dihidupkan semula selepas beberapa bekas pelabur menerima kad hari raya daripada Long Daud.

Kad bertulisan jawi itu dihantar dengan kata-kata memujuk supaya mereka kembali menyertai kegiatan itu setelah Long Daud lesap secara tiba-tiba beberapa bulan lalu.

Naik bas lebih baik


PERKHIDMATAN bas masih dianggap murah berbanding pengangkutan awam lain.


KENAIKAN tambang bas ekspres yang diuar-uarkan ketika musim perayaan ini seolah-olah tidak memberi kesan besar kepada pengguna perkhidmatan pengangkutan awam ini.

Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam, Kamarul Hazim Mokhtar, 20, memberitahu bas ekspres menjadi nadi kepada golongan pelajar terutamanya untuk pulang beraya.

"Memang terasa kalau harga tambang naik tapi berbanding teksi, kereta sendiri atau penerbangan tambang murah, bas masih menjadi pilihan," ujarnya.

Rakannya, Vivek Dharma, 20, bas ekspres lebih praktikal dari segi capaian destinasi, masa dan kos tambahan yang lain.

"Lagipun, hampir setiap jam, ada saja bas untuk ke mana-mana destinasi dan yang paling penting, ia lebih pantas," katanya yang menggunakan khidmat bas ekspres hampir saban minggu.

Seorang pegawai pemasaran sebuah bank di Kuala Lumpur, Zakaria Zaidi, 35, berpendapat bas ekspres cukup praktikal baginya untuk menghadiri mesyuarat di luar kawasan.

"Tidak kira hujung minggu atau hari biasa, saya tetap menggunakan bas ekspres walaupun tambangnya bakal naik. Lagipun, harganya masih murah," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Malaysia, Datuk Ashfar Ali menegaskan keadaan tidak menentu masa kini sedikit sebanyak menjejaskan penjualan tiket bas ekspres.

"Namun dari aspek yang lain, pengguna masih memilih bas ekspres kerana pelbagai faktor sokongan berbanding pengangkutan alternatif yang sedia ada.

Bagi Pengurus Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad, (KTMB) Shahriza Embi, perkhidmatan kereta api turut menjadi pilihan tanpa mengira musim.

"Mungkin akan ada perubahan dalam pemilihan pengangkutan untuk pulang beraya.

"Namun jualan tiket kereta api kali ini masih seperti biasa," katanya.




September 27, 2008

Jangan bazir duit rakyat, Mohd Sabu

BUKIT KATIL - Naib Presiden Pas, Mohd Sabu menggesa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya menegakkan Islam dalam kerajaan PR yang bakal ditubuhkan kelak.

Menurutnya hanya Islam yang dapat menjamin keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik.

“Jangan sekadar untuk menggantikan kerajaan yang akan diruntuhkan, cuma kerajaan yang bertukar tetapi dasar dan cara pentadbiran sama seperti kerajaan lama.

“Sejarah telah membuktikan bahawa hanya kerajaan yang adil, telus dan tidak membazir akan disokong dan diterima oleh rakyat,” katanya.

Mohd Sabu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah Badar Al-Qubra di dataran Pejabat Pas Kawasan Bukit Katil, semalam.

Turut berceramah bersama Mohd Sabu ialah Pesuruhjaya Pas Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan rakan sejawatnya dari Negeri Sembilan, Zulkifly Mohamed Omar.

Menurutnya, dalam sejarah Islam pernah diceritakan bahawa satu demi satu negara kuasa besar jatuh ke tangan Islam tanpa pertumpahan darah semuanya kerana rakyat yakin akan keadilan dan kebenaran Islam.

“Pernah diceritakan bahawa ada orang yang mencari istana gabenor atau khalifah Islam tetapi mereka hampa kerana tidak menjumpainya kerana rumah pemimpin sama seperti rumah rakyat yang susah dan miskin.

Fakta-fakta inilah sebenarnya menyebabkan rakyat menghormati pemimpin dan akhirnya berbodong-bondong menyokong kerajaan Islam dan bernaung di bawah kerajaan Islam,” katanya.

Hari ini, katanya terdapat pemimpin-pemimpin seperti itu, antaranya Mahmoud Ahmedinejad, Hassan Nasrullah dan Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi.

“Jika ramai pemimpin Islam seperti ini sudah tentu suatu hari ini orang bukan Islam juga selesa dan reda untuk bernaung di bawah kerajaan Islam,” katanya.

Mohd Sabu juga memuji sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng jelas lebih berjimat cermat dalam membelanjakan wang rakyat.

“Dalam lawatan saya ke pejabatnya bersama Presiden Pas, Guan Eng membelanja kami dengan nasi lauk ikan yang kecil dan telur yang harganya tidak sampai RM10.

"Bila ditanya mengapa beliau berbuat demikian, Guan Eng menjawab beliau tidak mahu membazirkan wang rakyat.

Inilah pemimpin yang perlu kita contohi tidak membazir dan sentiasa berhati-hati membelanjakan duit rakyat,” katanya.

12 tuan tanah tagih pampasan


PERINGGIT – Pemilik tanah di Peringgit masih menagih janji untuk mendapatkan pampasan biarpun sudah 13 tahun menanti berikutan tanah mereka dirampas oleh kerajaan negeri selepas tidak membayar cukai pada 1974, untuk tujuan pembinaan sebuah pasar raya terbesar berhampiran kawasan tersebut.

Mereka sehingga kini masih menantikan tindakan kerajaan negeri untuk menyelesaikan perkara itu yang membabitkan 12 pemilik iaitu tanah dari lot 151 hingga 162, kata pemilik terbabit ketika ditemui semalam.

Anak sulung Allahyarham Tijah Sadek, iaitu pemilik tanah lot 158 kira-kira dua ekar, Wahab Bakar, 64, berkata, mereka tidak pernah menerima sebarang notis pengambilan semula tanah, apatah lagi mendapat pampasan.

“Pada tahun 1986, Ketua Menteri berkata notis telah ditampal pada pokok Jabatan Kerja Raya (JKR). Adakah itu satu tindakan yang masuk akal? Bukankah mereka boleh menghantar notis tersebut melalui surat?

“Malah, saya amat kesal kerana pelan tanah sudah diubah sebaik saja dirujuk kepada Pejabat Tanah dan Daerah pada 1995 yang menunjukkan tanah itu diambil alih sebuah syarikat. Mana boleh senang-senang diubah?

“Empat Ketua Menteri sehingga kini masih tidak boleh menyelesaikannya. Adakah patut, tanah nenek moyang saya disuruhnya tuntut kembali dari Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka?” Katanya memberitahu kira-kira 30 ekar tanah telah dirampas kerajaan negeri.

Kini, hanya empat orang yang betul-betul menuntut dan selebihnya tidak mengetahui waris pemilik tanah di kawasan terbabit.

“Saya mahu kerajaan negeri memberi penjelasan berkaitan perkara ini dan sememangnya saya tidak dapat menunjukkan geran asal akibat banjir besar pada tahun 1971.

“Ketika itu saya terpaksa menumpang di Sekolah Menengah St David untuk menyelamatkan nyawa dan mendapat bantuan RM90 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Namun, saya kecewa pejabat tanah pula ambil kesempatan dengan ketiadaan geran asal tanah ini.

“Saya juga terkilan kerana mendapati wujud karenah birokrasi di sini di mana terdapat seseorang yang berjawatan sidang kampung telah diberi pampasan sebanyak RM300,000 biarpun tidak membayar cukai sejak sekian lama,” katanya.

Kami berasa teraniaya kerana tanah dirampas sewenang-wenangnya hanya kerana kepentingan pihak tertentu.

Debu jejas persiapan raya di Malim


MALIM - Persiapan menyambut Aidilfitri mungkin tidak bermakna bagi mereka yang tinggal berhampiran jalan utama Bertam-Malim di sini kerana debu daripada lori membawa tanah kini menjadi masalah besar bagi kebanyakan penduduk di situ.

Masalah itu dikatakan sudah berlarutan sejak dua tahun lalu dan penduduk yang terlibat sudah bosan kerana setiap hari perlu membersihkan rumah.

Seorang penduduk, Israf Ismail, 26, berkata, masalah itu berlaku sejak projek pembinaan sebuah taman perumahan di kawasan itu bermula.

Katanya, setiap hari lori yang membawa tanah merah melalui jalan tersebut ratusan kali.

“Lori-lori ini tidak dibersihkan dengan sempurna dan menyebabkan jalan di hadapan pintu masuk tapak projek dipenuhi debu.

“Saya sudah penat bersihkan rumah kerana hari ini bersih rumah, esok penuh debu semula,” katanya semalam.

Israf berkata, debu itu seterusnya akan dibawa angin ke rumah-rumah penduduk apabila dilanggar kereta yang melalui jalan tersebut.

Bagi Jamaliah Mohd. Zaini, 40, beliau terpaksa mengelap perabot dan lantai rumahnya hampir setiap hari bagi menggelakan rumahnya daripada berdebu.

Ujarnya, udara berhabuk itu juga boleh menjejaskan kesihatan penduduk.

“Saya sering batuk dan sakit tekak sejak projek ini bermula,” katanya.

Bagi Affendi Jailani, 32, beliau juga terpaksa berbelanja lebih kerana terpaksa kerap membasuh kereta berbanding sebelum projek perumahan itu bermula.

“Dulu, seminggu sekali saya basuh kereta. Kini, hari ini saya basuh, esok kotor semula walaupun hari tidak hujan,” katanya sambil memberitahu jalan di situ juga berlubang-lubang sehingga menyusahkan pengguna jalan.

Penyakit misteri ‘tiada nafsu’ makan


ZAHARAH memerhatikan Fazli meneguk segelas susu di rumahnya di Kampung Padang Serai, Pokok Sena semalam.

POKOK SENA - "Sejak dilahirkan, anak saya ini tidak pernah menjamah makanan selain minum susu sahaja," kata Zaharah Mustafa mengenai anaknya, Fazli Shuib, 23, yang mempunyai penyakit misteri 'tiada nafsu' makan.

Menurut Zaharah, 57, setiap hari anaknya itu akan minum susu kira-kira 10 gelas sehari bagi menggantikan makanan berzat lain untuk tenaga dan pembesaran.

Malah katanya, Fazli hanya minum susu tepung jenis tertentu sahaja.

"Sejak dari kecil lagi Fazli mendapat rawatan di hospital, tetapi tidak dapat dikesan jenis penyakit yang dihidapi.

"Malah usaha saya membawanya berubat secara tradisional juga tidak berhasil kerana dia masih tidak berselera makan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Serai di sini semalam.

Zaharah berkata, Fazli yang merupakan anak keempat daripada tujuh beradik juga tidak bersekolah dan kurang aktif serta saiz badannya agak kecil berbanding dengan usianya.

Dalam pada itu, menurutnya, dia membelanjakan kira-kira RM200 sebulan untuk membeli susu tepung bagi menampung keperluan anaknya.

Jelasnya, dia dan suaminya, Shuib Man, 58, hanya bekerja sebagai penoreh getah sahaja dan pendapa- tannya pula dianggarkan RM600 sebulan.

"Saya sentiasa memastikan anak saya dapat minum susu secukupnya," ujarnya.

Katanya, perbelanjaannya mungkin lebih ringan sekiranya mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Zaharah memberitahu, suaminya pernah memo- hon bantuan JKM sejak 10 tahun lalu, tetapi tidak mendapat pertimbangan sehingga sekarang.

Sementara itu Fazli berkata, dia hanya minum susu kerana menganggap makanan lain tidak sedap.

"Walaupun disajikan makanan paling sedap, saya tetap tidak mahu makan," katanya.

Fazli berkata, dia tidak dapat berpuasa kerana mudah letih sekiranya tidak dapat minum susu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Diatetik dan Sajian, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Nor Azlinah Zai - ran berkata, dia tidak menolak kemungkinan masa- lah yang dihadapi oleh Fazli mempunyai kaitan de- ngan psikologi.

Menurutnya, pemuda itu mungkin terikut-ikut dengan amalan minum susu sahaja tanpa menyen- tuh makanan lain sejak dari kecil lagi.

Ini dugaan terbesar saya


AMY melihat isterinya membaca keratan Kosmo! mengenai isu saman terhadapnya di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - "Ini dugaan terbesar saya lebih-lebih dah dekat nak raya ni."
Itulah reaksi Amy Search mengenai saman terhadapnya yang difailkan oleh Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir, 4, melalui bapanya, Nik Zahir Nik Idris, 31, kelmarin bagi menuntut ganti rugi RM300,000 disebabkan dakwaan kecuaian Restoran Laksamana Cheng Ho pada 17 Jun lalu.

Nik Muhammad melecur di belakang badan selepas terkena tumpahan tomyam panas yang dibawa pekerja restoran itu.

Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman pada sidang akhbarnya semalam berkata, beliau telah pun melantik peguam untuk mewakilinya dalam kes itu.

Sidang akhbar itu turut dihadiri oleh isterinya, Norhazniza Hassan.

"Untuk pengetahuan semua, saya tidak mengambil sikap lepas tangan terhadap apa yang terjadi kepada pelanggan saya itu... keadaan pada masa itu memang sedikit kecoh.

"Pada hari kejadian itu (17 Jun lalu), kita memang cari dia untuk tindakan susulan, namun menurut kakitangan saya, selepas bapa budak tu membawa anaknya ke tandas, bila kita datang semula cari dia, dia dah tiada," jelasnya.

Amy berharap pelanggan itu tampil ke restorannya, tetapi itu tidak terjadi sehinggalah tersiarnya berita mengenai kejadian berkenaan dalam sebuah akhbar pada 29 Jun lalu.

Sambil mengakui mangsa dan keluarganya mempunyai hak memfailkan kes ke atasnya, Amy pula bertekad beliau juga berhak mempertahankan diri.

Ketika ditanya sama ada kes saman itu menjejaskan imej baik restoran dan menyebabkan sambutan pelanggannya semakin berkurangan, katanya: "Itu semua tidak berlaku."

Pendandan rambut, 3 juvana didakwa


ANGGOTA polis mengiringi kesemua tertuduh culik dan bunuh Ying Xin ke Mahkamah Majistret Johor Baharu semalam.

JOHOR BAHRU - Mengangguk faham, namun tiada pengakuan direkodkan.

Demikian reaksi seorang pendandan rambut lelaki bersama tiga lagi remaja bawah umur yang didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam atas tuduhan membunuh dan menculik pelajar pintar, Lai Ying Xin (gambar kecil) , 16, dua minggu lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Teh Kim Hong, 22, bersama tiga juvana lelaku berumur 16 hingga 17 tahun didakwa bersama-sama membunuh Ying Xin di Lot 2841, Jalan Alor, Bukit Kulai, Kulaijaya antara pukul 9.45 malam hingga 12 malam pada 11 dan 12 September.

Kesemua remaja dan Kim Hong mengangguk kepala masing-masing tanda memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin itu, namun tiada pengakuan direkodkan.

Kesemua mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, kesemua tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati.

Bagi pertuduhan kedua, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama menculik Ying Xin di hadapan Hypermarket, Jalan Kulai-Ayer Hitam, Kulaijaya pukul 9.45 malam, 11 September lepas, dengan niat untuk mendapatkan wang tebusan RM60,000.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 (Akta 365) dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati, penjara atau sebatan jika sabit kesalahan.

Majistret Nor Shahid Abdul Malek menetapkan 10 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Bapa mahu ambil tindakan undang-undang


Bapa mahu ambil tindakan undang-undang


KERATAN Kosmo! 21 September.


JITRA - Mohd. Salleh Rahim, 36, bapa kepada kanak-kanak mati 'dikisar' jentera pembajak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu jentera tersebut yang didakwa cuai sehingga mengakibatkan dia kehilangan seorang anak.

Malah, Salleh mendakwa pemandu jentera tersebut yang juga sepupunya disyaki telah membuat laporan palsu kepada polis berhubung kemalangan tersebut.

"Apa yang diketahuinya, pemandu jentera itu mendakwa kemalangan tersebut berlaku ketika dia sedang melakukan pemeriksaan pada mesin pembajak yang rosak.

"Tetapi daripada cerita beberapa orang saksi, kejadian itu didakwa berlaku semasa pemandu terbabit turun dari jentera tersebut untuk menangkap ikan tanpa mematikan injin dan mesin pembajak," katanya yang masih sedih dengan kehilangan Mohd. Syafiq Mohd. Salleh, 10.

Menurut beliau, kebiasaannya setiap pemandu jentera pembajak akan mematikan mesin pembajak sebelum melakukan pemeriksaan terhadap jentera tersebut bagi mengelakkan kejadian buruk.

Dalam masa sama, Salleh berkata, pemandu berkenaan juga tidak sepatutnya membenarkan anaknya menaiki jentera pembajak itu.

"Tidak kira walaupun anak saya didakwa beria-ia mahu menaiki jentera itu sepatutnya pemandu itu tidak bagi arwah naik," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pida 11, Sanglang di sini semalam.

Kosmo! 20 September lalu melaporkan seorang kanak-kanak maut selepas tergelincir ke dalam bilah jentera pembajak yang masih berputar.



JITRA - Mohd. Salleh Rahim, 36, bapa kepada kanak-kanak mati 'dikisar' jentera pembajak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu jentera tersebut yang didakwa cuai sehingga mengakibatkan dia kehilangan seorang anak.

Malah, Salleh mendakwa pemandu jentera tersebut yang juga sepupunya disyaki telah membuat laporan palsu kepada polis berhubung kemalangan tersebut.

"Apa yang diketahuinya, pemandu jentera itu mendakwa kemalangan tersebut berlaku ketika dia sedang melakukan pemeriksaan pada mesin pembajak yang rosak.

"Tetapi daripada cerita beberapa orang saksi, kejadian itu didakwa berlaku semasa pemandu terbabit turun dari jentera tersebut untuk menangkap ikan tanpa mematikan injin dan mesin pembajak," katanya yang masih sedih dengan kehilangan Mohd. Syafiq Mohd. Salleh, 10.

Menurut beliau, kebiasaannya setiap pemandu jentera pembajak akan mematikan mesin pembajak sebelum melakukan pemeriksaan terhadap jentera tersebut bagi mengelakkan kejadian buruk.

Dalam masa sama, Salleh berkata, pemandu berkenaan juga tidak sepatutnya membenarkan anaknya menaiki jentera pembajak itu.

"Tidak kira walaupun anak saya didakwa beria-ia mahu menaiki jentera itu sepatutnya pemandu itu tidak bagi arwah naik," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pida 11, Sanglang di sini semalam.

Kosmo! 20 September lalu melaporkan seorang kanak-kanak maut selepas tergelincir ke dalam bilah jentera pembajak yang masih berputar.

Sambut raya tanpa Aidilfitri


"Farid Aidilfitri"


GOMBAK – “Jika 17 tahun lalu kami sekeluarga gembira kerana dia (Mohd. Farid Aidilfitri) selamat dilahirkan pada hari keempat Aidilfitri tetapi tahun ini lain pula kerana dia ‘pergi’ menjelang Aidilfitri.”

Demikian luahan Abdul Halim Ramli, 49, yang bakal menyambut Aidilfitri tahun ini hanya bersama isteri dan tiga orang anaknya dalam suasana sedih setelah seorang lagi anaknya, Farid Aidilfitri meninggal dunia akibat dihempap dinding batu di asrama sekolah kelmarin.

Semasa kejadian pukul 7.30 malam, Farid Aidilfitri, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Harun, Tanjung Karang, Selangor ketika itu bersama dua lagi rakannya sedang mengulangkaji pelajaran di bilik bacaan di asramanya selepas berbuka puasa dan selesai sembahyang Maghrib.

Secara tiba-tiba, dinding batu setebal saiz satu blok batu bata itu runtuh menimpa meja tempat mangsa duduk.

Runtuhan itu menyebabkan Farid Aidilfitri anak ketiga terperangkap di bawah timbunan tersebut.


MAYAT Farid Aidilfitri yang meninggal dunia di bilik bacaan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Harun, Tanjung Karang kelmarin.


Mangsa yang akan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) November ini cedera teruk di tengkuk dan mengalami pendarahan di kepala menyebabkan dia meninggal dunia kira-kira 15 minit kemudian.

Cerita Abdul Halim, beliau pada mulanya menerima panggilan daripada seorang rakan sekolah anaknya memberitahu Farid Aidilfitri berada dalam keadaan 50-50 selepas dihempap dinding itu.

“Saya yang panik terus menghubungi adik ipar yang tinggal di Sekinchan dan meminta adik ipar pergi ke sekolah Farid Aidilfitri bagi melihat keadaannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Gombak di sini semalam.

Bagaimanapun, menurutnya, beberapa minit kemudian, warden asrama pula menghubunginya dan meminta supaya beliau bertenang kerana Farid Aidilfitri sudah meninggal dunia.

Berikutan berita buruk itu, Abdul Halim berkata, beliau dan anak sulungnya, Mohd. Farid Anuar, 21, terus ke Hospital Tanjung Karang.

“Ketika di hospital, dua rakan anaknya yang terselamat dari runtuhan memberitahu mereka secara tiba-tiba terdengar bunyi benda terjatuh.

“Mereka sempat lari manakala Farid Aidilfitri tak sempat kerana dihalang oleh meja,” katanya.


ABDUL HALIM (dua dari kanan) bersama isteri, Shamsiah (kiri sekali) dan anak-anak menatap gambar kenangan Farid Aidilfitri yang mati terhempap dinding di sekolahnya Tanjung Karang kelmarin.


Katanya, kejadian itu dipercayai berpunca daripada beberapa pintu lama yang disandarkan ke dinding tersebut terlalu berat dan menyebabkan dinding itu runtuh.

Abdul Halim memberitahu, beliau kecewa dengan tragedi itu dan percaya ia ada kaitan dengan kecuaian pihak pengurusan sekolah dalam membina dinding tersebut.

Jelasnya, beliau sekeluarga sepatutnya pulang ke kampung isterinya di Sekinchan semalam dengan Farid Aidilfitri terus ke sana dari asramanya.

“Namun, segala rancangan tak menjadi. Kami hanya akan pulang ke kampung hari raya kedua selepas menziarahi pusara arwah,” ujarnya.

Tambahnya, jenazah Farid Aidilfitri telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih pada pukul 10 pagi semalam.

September 26, 2008

Akaun 'lebur' perangkap e-mel hantu


CHEE SEONG menunjukkan salinan cetakan e-mel skim penipuan siber yang menyebabkan wang dalam akaunnya hilang semalam.


KUALA LUMPUR - Tidak sampai empat minit, duit dalam akaun bank milik seorang pengurus, Yong Chee Seong, 30, berjumlah hampir RM5,000 lesap sekelip mata.

Kes itu dipercayai gara-gara sindiket perbankan dalam talian (online) yang didalangi pakar teknologi maklumat di kalangan warga asing yang memerangkap mangsa melalui penghantaran e-mel 'berhantu'.

Chee Seong memberitahu, e-mel dalam bahasa Inggeris yang diteri- manya pada 23 September lalu kira- kira 1 tengah hari memintanya mengemas kini maklumat talian perbankan melalui proses pertukaran kata kunci akaun bank.

"Ia nampak asli dan meminta saya berbuat demikian bagi tujuan kese- lamatan selain mengelak ditipu oleh sindiket yang semakin menjadi-jadi di ruang siber,'' katanya di sini semalam.

Menurut Chee Seong, sebagai pelanggan tetap bank terkemuka itu sejak enam tahun lalu, dia langsung tidak menaruh syak bahawa e-mel itu satu perangkap kerana pautan laman web untuk dia membuat kata kunci baru, muncul dengan hampir menyamai laman web bank tersebut.

Beliau hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku sele- pas beberapa minit mendaftarkan kata kunci baru dengan empat minit kemudian menerima khidmat pesa- nan ringkas (SMS) daripada pihak bank dengan maklumkan satu transaksi pemindahan wang dari akaunnya berjumlah RM4,935.

"Saya tergamam kerana saya tak buat apa-apa,'' katanya.

Sejurus selepas itu, Chee Wah terus menghubungi bank berkenaan dan jurucakapnya mengesahkan polisi mereka tidak meminta pelanggan menukar data menerusi e-mel.

Chee Wah cuba mengakses kembali pautan laman web berkenaan, namun gagal.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya pada 23 September lalu selepas dinasihatkan oleh pihak Maybank.

Senyum boleh selamat nyawa


SHAFIE (kiri) memegang bendera sebagai simbolik perasmian Kempen Budi Bahasa di jalan raya dengan melepaskan penunggang motosikal di Hentian Bas Jalan Duta semalam.

KUALA LUMPUR - Mungkin ramai yang tidak sedar memandu dengan senyuman boleh mengelakkan kemalangan kerana senyuman membawa pengertian jiwa yang tenang, sabar, berhati-hati dan bertolak-ansur semasa berada di jalan raya.

Prihatin dengan indeks kemalangan maut yang meningkat terutamanya di musim perayaan, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) melan- carkan kempen Memandu Dengan Senyuman dan Kempen Budi Bahasa di Jalan Raya sebagai usaha mengurangkan indeks tersebut di sini semalam.

Menterinya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, sekiranya pengguna jalan raya saling menghormati dan bertolak ansur terutamanya ketika waktu puncak, beliau yakin kemala- ngan boleh dielakkan.

"Bila tiba musim perayaan, semua fikir nak sampai cepat ke kampung sehingga sanggup mengabaikan peraturan keselamatan jalan raya, dengan adanya kempen seperti ini, kita harap pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati dan bertimbang rasa semasa memandu terutamanya pada waktu puncak," katanya.

Menurut Shafie, matlamat kempen itu adalah untuk menerapkan amalan berbudi bahasa di kalangan pengguna lebuh raya khasnya pada musim perayaan.

Bakar kad raya


SUTINAH membakar kad raya dari Long Daud sembil diperhatikan dua orang
anaknya di Dungun semalam.


DUNGUN - Taktik 'bomoh tarik duit', Long Daud memujuk bekas pelabur melalui kiri- man kad raya supaya mereka kembali menyertai skim pelaburannya nyata tidak menjadi.

Niatnya itu ditolak mentah-mentah sege- lintir bekas pelabur yang sudah sedar bahawa mereka ditipu lelaki itu selama ini.

Didorong rasa bengang apabila Long Daud yang cuba menjerat mereka, ada bekas pelabur bertindak membakar kad Aidil- fitri yang dikirimnya baru-baru ini.

Seorang bekas pelabur yang hanya mahu dikenali sebagai Sutinah, 37, berkata, kad raya Long Daud itu mengganggu keserono- kan mereka menyambut raya.

"Saya dah tidak percaya lagi, lagipun dia (Long Daud) dah dua bulan menghilangkan diri bersama wang kami.

"Dia lesap kira-kira 21 Julai lalu setelah empat bulan buat kerja tarik duit dan janji macam-macam kononnya kami akan kaya raya dalam tempoh setahun,'' katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Akhbar ini semalam menyiarkan, Long Daud yang menjalankan kegiatan tarik duit dari 100 pelabur di Marang dan lesap sejak beberapa bulan lalu, kini kembali semula.

Lelaki berusia 50-an itu memujuk bekas pelabur dengan menghantar kad raya Aidilfitri dan bersedia menawarkan khidmat tersebut kepada mereka.

Sementara itu, seorang lagi pelabur, Dahlia (nama samaran) yang muncul sejurus setelah kad raya itu dibakar oleh Sutinah berkata, dia sudah bertaubat.

"Sebenarnya suami saya yang beria-ia melabur. sekarang setelah impiannya menjadi kaya musnah, dia pun marah kepada Long Daud.

"Kami bukan saja tak kaya, malah sepasang anting-anting saya turut 'hangus' tak dapat ditebus di sebuah pajak gadai di Kuala Terengganu," katanya.

September 23, 2008

Laluan kontra elak kesesakan lalu lintas

BANDARAYA MELAKA - Sebuah jalan sedia ada di Taman Melaka Raya akan dijadikan sebagai laluan kontra bagi membantu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerja Raya dan Kemudahan Awam, Gan Tian Loo berkata, langkah tersebut akan dapat membantu mengurangkan kadar kesesakan memandangkan jalan kontra tersebut akan bertindak sebagai jalan untuk penyuraian awal (‘early dispersal’).

Katanya, cadangan ini akan membabitkan jalan bersebelahan Hotel Seri Costa, di mana ia akan dijadikan laluan kontra bagi membolehkan pengguna kenderaan menggunakan Lebuhraya Syed Abdul Aziz bagi mengelak kesesakan di Taman Melaka Raya, khususnya di hadapan Dataran Pahlawan.

“Kita dapati bahawa Lebuhraya Syed Abdul Aziz kurang digunakan walaupun ianya sebuah lebuh raya enam lorong. Dengan sistem penyuraian awal ini, para pengguna akan dilencongkan ke lebuh raya tersebut bagi mengurangkan jumlah kenderaan di kawasan Taman Melaka Raya.

“Pada masa ini, hanya terdapat sebuah jalan yang boleh digunakan pengguna untuk ke lebuh raya tersebut dari kawasan Dataran Pahlawan. Dengan jalan kontra ini nanti, pengguna akan mempunyai dua alternatif dan ini sekali gus akan dapat membantu menyuraikan trafik dengan lebih lancar,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rungutan orang ramai mengenai kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan Dataran Pahlawan.

Mei lepas, satu kajian telah dilakukan di mana orang ramai telah bersetuju dengan rancangan untuk mengubah aliran trafik di kawasan tersebut secara besar-besaran.

Bagaimanapun, rancangan itu tidak dilaksanakan bagi mengelakkan kekeliruan terutama dalam kalangan pengunjung.

Menurut Gan, cadangan ini akan dikemukakan kepada mesyuarat Exco minggu ini untuk mendapat persetujuan.

“Saya rasa ianya akan dapat dilaksanakan memandangkan ia tidak melibatkan sebarang perubahan trafik yang drastik,” tambahnya.

Dulu kontraktor kini dodol


KHATTABJEE Kassim kehilangan kaki kanan akibat kencing manis dibantu oleh isterinya, Fatorah Asrobi mengusahakan kilang membuat dodol secara kecil-kecilan di rumah mereka di Jalan Semabok, Melaka. – Gambar Aapai

MELAKA 22 Sept. – Kira-kira 10 tahun lalu, Khattabjee Kassim adalah seorang kontraktor kelas D yang turut terlibat membina Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis negeri di Bukit Beruang di sini.

Dengan mendapat projek-projek utama, Khattabjee, 47, menjalani kehidupan yang agak mewah tanpa perlu merasa sebarang kebimbangan khususnya dalam soal kewangan.

Namun, segala berubah dalam sekelip mata apabila dia tiba-tiba tidak sedarkan diri dan kemudiannya disahkan mengidap penyakit kencing manis kronik pada tahun 2004.

‘‘Pada ketika itu, saya tekad untuk sembuh dari penyakit ini dan telah menghabiskan wang sehingga beratus-ratus ribu termasuk menjual rumah dan kereta mewah yang saya miliki demi untuk kembali sembuh namun semuanya hanya sia-sia.

‘‘Selama dua tahun saya berperang dengan penyakit ini, akhirnya tahun 2006, kaki kanan saya terpaksa dipotong hingga ke paras paha kerana penyakit kencing manis saya bertambah kronik dan tidak boleh diselamatkan lagi,” katanya, ketika ditemui di rumahnya dekat Jalan Semabok, di sini baru-baru ini.

Pada waktu itu, katanya, dunia baginya seakan-akan sudah gelap dan langit cerah yang sentiasa mengiringi perjalanan hidupnya semakin hilang daripada pandangan.

Katanya, semenjak itu, dia menjadi seorang yang berputus asa kerana tidak mampu bekerja untuk menyara kehidupan isteri, Siti Fatohah Asrobi, 35, dan dua anaknya yang masih kecil iaitu Norshafira, 9, dan Mohd. Hairizel, empat tahun.

‘‘Saya terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak ke sana ke mari, saya tidak mampu berbuat apa-apa kerja. Hampir setahun saya menjadi seorang yang putus asa. Paling menerima kesan yang teruk ialah isteri dan anak-anak.

‘‘Bayangkan, isteri saya yang tidak pernah bekerja sebelum ini terpaksa bersusah-payah bekerja di kedai perabot berhampiran rumah demi menampung perbelanjaan harian,” katanya.

Berat mata memandang, berat lagi beban yang terpaksa dipikul oleh lelaki itu, apabila terpaksa pula menjalani rawatan hemodialisis sebanyak tiga kali seminggu setelah kedua-dua buah pinggangnya rosak dan perlu membelanjakan lebih RM150 seminggu bagi mendapatkan rawatan tersebut.

Menurut Khattabjee, seperti tersedar dari mimpi yang panjang, dia segera menggunakan baki wang simpanannya sebanyak RM2,000 bagi memulakan perusahaan membuat dodol tradisional di rumahnya.

‘‘Saya kuatkan semangat dan ingin berubah demi anak-anak kerana mereka berdua masih terlalu kecil ketika itu dan kini alhamdulillah, berkat kesabaran isteri, kami akhirnya berjaya mengusahakan dodol tradisional ini biarpun secara kecil-kecilan,” ujarnya.

Katanya, perusahaan dodol tradisional yang diusahakannya itu mendapat sambutan yang mengalakkan khususnya di kalangan peniaga pasar raya selain pembeli persendirian yang memerlukan bekalan dodol bagi keraian perkahwinan.

Ujarnya, bagi menampung permintaan yang kian meningkat pada musim perayaan Aidilfitri ini, dia bersama-sama isteri perlu melakukan proses membuat dodol sebanyak dua kali sehari iaitu bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari manakala 3 petang hingga 8 malam dan seterusnya.

Walaupun berbangga dengan usahanya itu, namun pada masa yang sama amat berharap jika ada mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang dihadapi mereka sekeluarga.

‘‘Sebelum ini saya ada memohon daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan elaun orang kurang upaya (OKU) namun gagal.

‘‘Namun, saya berharap agar ada pihak yang bersimpati dengan keadaan saya dan dapat membantu meringankan kesulitan fizikal yang terpaksa saya tanggung ketika ini,” katanya.

Jongkong emas dirompak


Wan Abdullah (kiri) mendengar cerita pengusaha emas (tiga dari kanan) mengenai rompakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas semalam.


BAYAN LEPAS - Tergamam dengan pistol di leher, seorang pengusaha kedai emas dan pembekal barangan itu terpaksa membiarkan enam jongkong emas berharga RM800,000 dikebas tiga perompak semalam.

Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku di tempat letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) di sini sejurus selepas jongkong-jongkong emas seberat 5.9 kilogram itu baru tiba dari Dubai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tuanku Said berkata, rompakan tersebut membabitkan tiga lelaki dipercayai warga Vietnam bersenjatakan pistol.

Menurut beliau, sebelum kejadian, pemilik kedai emas berusia dalam lingkungan 40-an itu datang ke lapangan terbang tersebut untuk menjemput pembekal emasnya yang baru sampai dari Dubai.

"Ketika kedua-dua mangsa mahu naik kereta pacuan empat roda milik pengusaha kedai emas tersebut, mereka didatangi tiga lelaki bersenjatakan dua pucuk pistol.

"Dua lelaki mengacu pistol kepada kedua-dua mangsa sambil mengarahkan kedua- dua menundukkan kepala sambil mencangkung di tepi kenderaan,'' kata beliau.

Wan Abdullahj memberitahu, seorang lagi perompak terus mengambil dua buah beg berisi jongkong emas yang telah dimasukkan ke belakang kenderaan.

Jelasnya, rompakan itu berlaku dalam beberapa minit dan perompak dipercayai melarikan diri dengan kereta yang diletakkan tidak jauh dari kenderaan mangsa.

Lagi tiket raya belum dijual


SUASANA di stesen kereta api dijangka kembali sesak seperti ini minggu depan apabila orang ramai mulai pulang
ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri.


KUALA LUMPUR - Orang ramai yang masih tidak mempunyai tiket untuk pulang ke kampung pada musim perayaan ini untuk perjalanan pada 24 hingga 30 September masih berpeluang untuk pulang dengan menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Ini berikutan KTMB masih mempunyai 14,688 tiket pelbagai kelas sepanjang tempoh berkenaan untuk perjalanan ke semua destinasi iaitu Utara, Pantai Timur dan Selatan.

Menurut kenyataan KTMB, secara keseluruhan perkhidmatan kereta api menyediakan sebanyak 53,224 tiket untuk semua destinasi sempena cuti Aidilfitri.

Bagi perjalanan selepas dari 1 hingga 7 Oktober, KTMB menyediakan 51,320 tiket pelbagai kelas untuk semua sektor perjalanan dan daripada jumlah itu, sebanyak 29,089 tiket telah dijual.

Sementara itu, tiket-tiket tambahan hanya akan dikeluarkan dari semasa ke semasa mengikut keupayaan koc dan permintaan.

KTMB juga menawarkan diskaun 25 peratus bagi perjalanan Tumpat ke Kuala Lumpur bagi tiket yang bertarikh 24 hingga 30 September dan perjalanan Kuala Lumpur ke Tumpat bagi tarikh 1 hingga 12 Oktober 2008.

Orang ramai boleh dapatkan tiket di kaunter-kaunter KTM Antarabandar seluruh negara atau boleh membuat tempahan tiket melalui Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200 dan melayari www.ktmb.com.my.

Premis jual Converse tiruan


ABD. HAFIDZ (kiri) berbincang dengan pegawainya ketika memeriksa kasut dan seluar tiruan berjenama yang dirampas di sebuah kedai pakaian di Dataran Pahlawan Mall, Melaka semalam.


MELAKA - Cubaan sebuah premis menipu pengguna dengan menjual kasut berjenama Converse tiruan berjaya dipatahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Abd. Hafidz A. Rahim berkata, premis di pusat membeli-belah Dataran Pahlawan Megamall itu diserbu hasil aduan pemilik perihal dagangan Converse.

"Hasil serbuan, sejumlah 177 pasang kasut Converse dan 65 pasang seluar jean Levis tiruan dianggar bernilai RM25,000 berjaya dirampas," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Abd. Hafidz memberitahu, bagi mengelirukan pengguna, harga kasut tiruan yang dijual di situ hampir sama dengan harga kasut asli.

"Ini menyebabkan pengguna terpedaya dan menyangka kasut yang dibeli mereka di premis ini merupakan kasut asli.

"Selain itu, penjualan yang dilakukan di premis di salah sebuah pasar raya ternama juga lebih meyakinkan pengguna," jelasnya.

Menurutnya, premis itu dipercayai aktif menjual barangan tiruan sejak empat bulan lalu dan cuba mengaut keuntungan berlipat kali ganda sempena musim perayaan ini.

Ujarnya, kes berkenaan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 kerana menjual barangan tiruan dan jika sabit kesalahan, syarikat berkenaan boleh didenda maksimum RM250,000.

Lagi ikut lari ke Lombok


NOOR FADILAH


BAGAN SERAI - Seorang lagi anak gadis tempatan ikut lelaki Lombok, Indonesia. Kali ini membabitkan seorang gadis berumur 18 tahun dari Ladang Sungai Gedong, dekat sini.

Seorang bapa mendakwa anak gadisnya, Noor Fadilah Ahmad, 18, telah dilarikan lelaki itu ke Lombok Timur, Indonesia sejak 3 September lalu.

Ahmad Abdul Hamid, 46, berkata, Noor Fadilah, seorang operator sebuah kilang elektronik di Pasir Gudang, Johor yang menumpang di rumah seorang saudara di situ didapati tidak pulang-pulang ke rumah itu sejak tiga minggu lalu.

Katanya, beliau menyedari kehilangan Noor Fadilah setelah anaknya itu tidak menjawab panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantarnya kira-kira 8.30 malam pada 3 September lalu.

"Sejurus kemudian saya terus menghubungi anak saudara saya, Nurul Hazimah Abdul Majid yang tinggal bersama Fadilah.

"Nurul Hazimah beritahu, Noor Fadilah tidak pulang-pulang setelah mengikut seorang lelaki warga Indonesia menaiki sebuah teksi pada pagi kejadian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Ladang Sungai Gedong, dekat sini semalam.


AHMAD menunjukkan foto Noor Fadilah yang menghilangkan diri sambil ditemani isterinya, Masitah Abdullah di rumah mereka di Ladang Sungai Gedong, Bagan Serai semalam.


Ahmad yang bekerja sebagai pemandu jentera di ladang berkenaan mendakwa beliau sekeluarga mengesyaki lelaki yang melarikan Noor Fadilah itu merupakan kenalan anaknya itu yang dikenali sebagai Nasrudin, 28.

Beliau berkata, Nasrudin yang berasal dari Lombok Timur bekerja sebagai buruh ladang di tempat sama iaitu Ladang Sungai Gedong.

"Sebenarnya lelaki itu pernah tinggal tidak jauh dari rumah saya tetapi saya tak menyangka perkara ini boleh terjadi sebab sejak tiga bulan lalu Noor Fadilah tidak bertemu dengan Nasrudin kerana mula bekerja di Pasir Gudang," katanya.




Berbuka dengan teh tarik tahi lipas


AMRAN menunjukkan gelas yang masih mempunyai kesan najis lipas setelah minum teh tarik
di sebuah restoran di Jalan Bunus, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Hajat seorang peniaga untuk berbuka puasa dengan teh tarik terbantut apabila dia mendapati gelas yang digunakan bukan sahaja berbau lipas malah di dasarnya melekat banyak najis serangga tersebut.

Ketika kejadian itu Amran Abu Bakar, 37, sudah terbau lipas pada gelasnya namun dia hanya beranggapan gelas itu baru sahaja dikeluarkan dari stor.

"Saya ingat cuma bau, tapi bila saya minum, saya lihat ada banyak bintik kecil melekat pada gelas saya, bila diperhatikan, ia adalah tahi lipas,'' katanya.

Tambahnya, setelah beberapa kali tegukan, dia telah memanggil pelayan restoran di Jalan Bunus itu untuk mengadu namun tidak dipedulikan.

"Saya kemudian pergi ke kaunter dan mahu berjumpa dengan pengurus restoran, tetapi saya diberitahu pengurus tidak ada di restoran, apa yang lebih menyakitkan hati apabila saya mengadu cawan yang saya gunakan mengandungi tahi lipas, juruwang tersebut hanya ketawa," katanya.

September 22, 2008

Pemandu RapidKL suka marah?


PEMANDU bas tidak sewajarnya bertindak memarahi penumpang, apatah lagi warga emas semasa menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai.


KUALA LUMPUR – Masih ramai yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan bas disediakan oleh Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (Rapid- KL) apabila rata-rata pengguna mendakwa mereka pernah diherdik serta dimarahi pemandu bas berkenaan walaupun hanya bertanyakan sesuatu.

Lebih menyakitkan hati, ada antara mereka pernah melihat pemandu bas tersebut memarahi golongan lebih tua kerana bertanyakan tentang destinasi yang ingin ditujuinya.

Bagi seorang pelajar kolej, Asyraf Ahmad, 18, berkata, kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi ke atas seorang tua berumur dalam lingkungan 50-an.

“Saya tidak faham kenapa pemandu ini nak marah kepada orang yang lebih tua kerana dia sepatutnya mengambil berat setiap penumpang dan memastikannya dapat menaiki bas dengan selamat.

“Bukannya dengan marah-marah apabila penumpang bertanyakan sesuatu,” katanya.

Asyraf menambah, pemandu bas terbabit perlu mengubah sikapnya dan perlu memberikan perkhidmatan terbaik supaya setiap penumpang yang mengguna- kan perkhidmatan bas RapidKL berpuas hati.

“Kadang-kadang kita faham, mereka terpaksa melayan pelbagai kerenah penumpang, tetapi jika nak marah setiap masa tidak mengenal tempat itu bukanlah satu perkara yang baik untuk imej syari- katanya,” jelas beliau.

Tinjauan di sekitar Pasar Seni dan Perhentian Bas Klang mendapati, keadaan sebaliknya pula berlaku apabila kebanyakan pemandu bas dilihat bersikap profesional semasa menjalankan tugas.

Siswa terdesak 'jaga' motosikal


PEMILIK motosikal tidak tahu siapa 'ulat' yang menjaga kenderaan mereka sehingga wartawan Kosmo!, Shawkath Azde (dua dari kanan) bebas mengutip bayaran dekat Chow Kit baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Jika anda didekati 'jaga' tempat meletak motosikal yang mahu mengutip bayaran, jangan cepat menyangka dia golongan terdesak seperti kutu rayau, penagih dadah atau pendatang tanpa izin.

Sebaliknya, ada di antara mereka ialah pelajar universiti yang mengisi masa lapang dengan mencari wang saku untuk memenuhi tuntutan keperluan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Namun seorang daripada mereka ini yang hanya mahu dikenali sebagai Aizat, 21, akhirnya buka mulut.

"Pada mulanya memang malu nak buat tetapi pasal terdesak, akhirnya kami jadi seronok.

"Duit yang kami dapat setiap hari biasanya digunakan untuk membeli keperluan pembelajaran seperti buku dan untuk aktiviti kokurikulum di kampus,'' katanya.

Menurutnya, kebanyakan tempat letak motor di kawasan bandar biasanya telah menjadi milik 'orang lama' yang terdiri daripada penagih dadah atau kutu rayau.

"Kami kena minta izin dengan mereka dulu sebelum 'bertugas' dan setiap jumlah yang kami kutip ada bahagian untuk mereka sebagai sewa tapak.

"Biasanya, kutipan yang kami buat sekitar RM20 satu hari untuk tempoh kerja empat jam dan jumlah itu kami beri lima ringgit kepada 'orang lama','' jelas pelajar tahun kedua jurusan Pentadbiran Perniagaan ini.

Bagi merasai pengalaman bekerja sepertinya, penulis diberi kesempatan untuk melakukannya dan tanpa bersusah payah, dalam masa dua jam, berjaya memperoleh RM18.

Kadar bayaran yang dikenakan ialah RM1 untuk setiap motosikal dan rata-rata pemilik motosikal membayar tanpa banyak soal.

Kamal pula yang menjalankan kerja di kawasan Pudu bagaimanapun tidak berhasrat meneruskan 'kerjaya' tersebut apabila tamat pengajian nanti.

"Saya buat kerja ini ialah untuk menampung keperluan seharian kerana wang pinjaman tak cukup. Keluarga pula bukan orang senang," ujarnya yang berasal dari Kelantan.

Jual balik tiket bas raya


KEADAAN lengang di Hentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam dijangka bertukar sesak pada hujung minggu ini apabila ramai mula balik raya ke kampung masing-masing.


KUALA LUMPUR - "Bila tiket bas tak cukup, bisingnya bukan kepa- lang, tetapi selepas dapat, dijual balik di kaunter."

Demikian kata seorang kerani kaunter tiket bas ekspres di Hentian Putra, Lopah Ladada, 23, yang mendedahkan terdapat segelintir penumpang yang menjual semula tiket bas raya di kaunter-kaunter tiket.

Alasan mereka ialah mahu pulang ke kampung halaman dengan memandu kereta ekoran harga petrol kembali rendah dan dipercayai akan turun lagi.

Senario pelik itu sebenarnya sedang berlaku di beberapa kaunter bas ekspres terutama bagi perjalanan ke Pantai Timur ketika ini apabila ramai yang membeli awal memulangkannya semula.


MARLIZA


Walaupun jumlahnya tidak besar, keadaan itu dianggap aneh kerana biasanya tiket-tiket untuk pulang berhari raya bukan sahaja habis bagai pisang goreng panas, malah dijual dengan harga berlipat kali ganda di 'pasaran gelap'.

Menurut Lopah, pengguna mula menjual semula tiket sejak Jumaat lalu bagi perjalanan pada 25 September hingga 1 Oktober ini.

"Hampir semua kaunter di sini menerima purata 10 tiket yang dijual semula setiap hari untuk destinasi seperti Dungun, Kota Bharu dan lain-lain sehingga berlaku kekosongan kerusi.

"Bagaimanapun, kami tetap beli semula tiket itu, tetapi pada harga lebih murah,'' katanya di sini semalam.

Menurutnya, tiket ke Kota Bharu dibeli balik pada harga RM40 selepas ditolak antara RM5 sehingga RM15 sebelum ia dijual semula mengikut harga pasaran.

Seorang pengguna yang ditemui ketika menjual semula tiketnya, Anuar Ayob, 34, berkata, beliau berbuat demikian kerana mahu pulang dengan menggunakan kereta untuk mudah melawat sanak- saudara di kampung.

"Dulu beli sebab 'panik' dengan berita bas tak cukup dan harga minyak mahal, bagaimanapun sekarang sesal pula," ujarnya yang kerugian RM15 kerana menjual tiga tiket basnya.

Nasi 'ganja'


Saiful Sidik Abdullah menunjukkan lima masakan yang mendapat permintaan di restorannya yang dibuka 24 jam di Greentown, Ipoh, baru-baru ini.

IPOH - Tidak sah kunjungan anda ke bandar raya Ipoh jika tidak singgah dan makan di gerai 'Vanggey' atau 'nasi ganja' yang telah wujud di sini sejak 61 tahun yang lalu.

Setelah beroperasi lebih setengah abad di Jalan Yang Kalsom, buat pertama kalinya satu cawangan akan dibuka di pusat perniagaan Greentown di sini.

Lebih menarik, cawangan terbaru itu merupakan sebuah restoran besar dan bukan lagi sebuah gerai kecil seperti sekarang.

Pengarah Urusan Restoran Nasi Vanggey Sdn. Bhd., Saiful Sidik Abdullah berkata, restoran barunya kini menyediakan lebih 200 jenis masakan dan minuman untuk dihidangkan kepada pengunjung supaya mereka boleh memilih apa sahaja jenis masakan yang mereka suka.

Katanya, Restoran Vanggey yang bermakna 'mari, mari, mari' itu tetap mengekalkan masakan Nasi Kandar Ayam Merah atau ayam Madras yang membuatkan seseorang itu merasa 'ketagih' dengan kelazatannya.

''Selain daripada Nasi Kandar Ayam Merah yang menjadi masakan utama, restoran ini turut menyediakan masakan Thai, kuetiau, mi goreng mamak, makanan Barat, tanduri dan sup, roti dan tosai, rojak serta lebih 50 jenis minuman,'' katanya.

Gerai Vangge terkenal dengan masakan 'nasi ganja' sehingga orang ramai sanggup berbaris panjang sejak pukul 10 pagi lagi untuk mendapatkan sepinggan nasi.

Menurut Saiful, restoran baru itu dibuka selama 24 jam dan ia mampu menyediakan sebanyak 250 tempat duduk kepada pelanggan pada suatu masa.

''Sekiranya anda berkunjung ke restoran ini pada waktu tengah hari, anda bukan sahaja terpaksa beratur panjang malah sukar untuk mendapat tempat duduk," katanya.

Ketika ditanya apa yang membuatkan Nasi Vanngey begitu popular dan boleh bertahan terlalu lama, Saiful berkata, antara sebab utama ialah masakan itu mengekalkan ketulenan dan keaslian masakan rempah yang disediakan.

Katanya, bagi masakan Nasi Kandar Ayam Merah atau ayam Madras ia mengambil masa selama lapan jam untuk disediakan sebelum disimpan khusus untuk mendapat rasa yang sejati.

Beliau berkata, selain dari itu, pihaknya mendapat pembekal khusus dari beberapa bandar di India dan Madras untuk membekalkan ramuan yang sungguh istimewa itu.

''Sebenarnya, mereka 'ketagih' bukan disebabkan bahan asing tetapi ia disebabkan sesiapa yang menjamu selera di sini terasa kelazatannya sehingga membuatkan mereka terasa kenyang dan terasa mengantuk," katanya.

Beliau berkata, kerana kelazatannya, ramai tokoh dan pemimpin datang ke sini untuk menjamu selera termasuk Pengerusi MK, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

''Apa yang peliknya kalau orang Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Pulau Pinang mereka sudah pasti akan singgah di sini untuk menjamu selera.

''Dianggarkan sebanyak 1,000 hingga 1,500 orang akan datang ke restoran ini setiap hari," katanya.

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi Nasi Vannggey Greentown di tel 05-254 6786 atau Saiful Sidik 016-529 3233.

September 17, 2008

Telefon meletup, nasib tidak buta


Yahaya menunjukkan telefon bimbit yang didakwa meletup semasa ia sedang digunakan
di rumahnya di Manjung semalam.

MANJUNG - Seorang peniaga nyaris buta mata kirinya selepas telefon bimbit murah buatan China yang sedang digunakan tiba-tiba meletup di rumahnya di Kampung Sitiawan di sini semalam.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Yahaya, 45, berkata, semasa kejadian pukul 3.30 petang, dia sedang bercakap dengan rakannya manakala telefon itu pula sedang dicaj.

"Selepas telefon itu habis bateri, saya yang masih berbual dengan rakan di talian cuba mengecaj semula sambil meneruskan perbualan.

"Ketika menyambung wayar pengecaj ke telefon, tiba-tiba telefon yang masih di telinga saya terasa panas sebelum saya nampak ada percikan,'' dakwa beliau.

Menurut Yahaya, beliau terus mencampak telefon tersebut yang juga mengeluarkan bunyi letupan kuat.

"Jika saya tak sempat campak, mungkin letupan itu boleh mencederakan mata saya atau muka saya sekali," kata beliau.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu, dia bernasib baik kerana tidak cedera.

Yahaya berkata, telefon murah buatan China itu baru dibeli beberapa bulan lalu dengan harganya yang jauh lebih rendah berbanding telefon bimbit berjenama lain.

Jelasnya, ini masalah pertama yang dihadapinya dalam tempoh dia menggunakan telefon tersebut.

"Memang saya tahu kualitinya tidak setanding dengan telefon berjenama tetapi tidak sangka pula ia begitu bahaya,'' katanya yang serik untuk membeli telefon sama selepas ini.

Mercun ketupat



SEBERANG JAYA - Lazimnya ketupat menjadi sajian bagi Hari Raya Aidilfitri tetapi lain halnya dengan ketupat ini yang tidak boleh dimakan kerana ia adalah sejenis mercun.

Mercun itu merupakan yang pertama kali dirampas kastam Pulau Pinang. Ia dirampas bersama 29.5 tan mercun dan bunga api dari sebuah treler yang tersadai di tepi jalan di kawasan Perindustrian, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah Jumaat lalu. Ia susulan rampasan bahan tersebut dari sebuah treler yang bernilai hampir RM500,000 di Hentian Rehat dan Rawat, Tapah, Perak 10 September lalu.

Tiket raya KTMB belum dijual

KUALA LUMPUR 17 Sept.— Orang ramai yang ingin pulang ke kampung menjelang perayaan Aidilfitri ini tidak perlu bimbang untuk mendapatkan tiket kerana masih terdapat 16,097 tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang masih belum dijual.

Daripada jumlah 50,272 keping tiket bagi pelbagai kelas untuk kesemua sektor perjalanan iaitu Utara, Pantai Timur dan Selatan bagi tarikh 24 hingga 30 Sept ini, sebanyak 34,175 tiket telah dijual dan ia masih berbaki 16,097.

“Rata-rata tiket untuk perjalanan pulang ke Utara, Pantai Timur dan Selatan hampir kehabisan manakala tiket untuk perjalanan kembali ke Kuala Lumpur atau Singapura masih banyak,” menurut kenyataan KTMB di sini hari ini.

September 16, 2008

ANWAR MUKA TAK TAHU MALU DAN PENIPU


Sayang seorang islam di dalam bulan puasa ini menipu rakyat malaysia.

Bank kena sita


Wan Zainuddin mengunci pintu CIMB Bank setelah mendapat perintah
mahkamah supaya menyita bangunan tersebut di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Gara-gara gagal memberikan jumlah pinjaman seperti yang dipersetujui, Bank CIMB Berhad Wilayah Pantai Timur di Jalan Sultan Ismail dekat sini disita semalam.

Akibatnya, orang ramai yang mahu berurusan di bank itu kecoh kerana semua transaksi dan urusan dibekukan di bangunan tiga tingkat yang turut menempatkan pejabat cawangan Kuala Terengganu bank tersebut.

Writ penyitaan berkenaan dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kota Bharu, 1 September lalu dan pelaksanaan penyitaan dan jualan barangan itu akan dilaksanakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Ia berikutan kegagalan bank tersebut menjelaskan bayaran ganti rugi sebanyak RM15,620,145.20 kepada sebuah syarikat pembinaan, Zima Properties Sdn. Bhd., yang diarahkan mahkamah pada 6 Ogos 2008. Mengikut writ tersebut, bank diberi tempoh 14 hari bermula semalam untuk melunaskan hutang berkenaan.


KAKITANGAN firma guaman Wan Zainuddin In Co menampal pelekat pada mesin-mesin pengeluaran wang automatik CIMB Bank Wilayah Timur di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu semalam.


Jika gagal, segala aset termasuk bangunan, mesin pengeluaran wang automatik (ATM), komputer, perabot akan dilelong.

Proses penyitaan dibuat wakil peguam syarikat Wan Zainuddin Wan Musa dan bailif Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu bermula pukul 9.30 pagi, semalam.

Menurut Wan Zainuddin, bank tersebut cawangan Kota Bharu telah meluluskan permohonan pinjaman sebanyak RM11 juta yang dipohon syarikat pembinaan itu pada 22 Mac 2005 yang kemudiannya mengeluarkan surat tawaran pinjaman pada 26 Julai 2005.

"Bagaimanapun, bank telah membuat penstrukturan semula atas sebab yang tidak dinyatakan secara jelas untuk memberikan pinjaman hanya sebanyak RM4,293,000 sahaja," katanya ketika ditemui di bank itu dekat sini, semalam.

Menurutnya, syarikat tersebut tidak bersetuju dengan jumlah tersebut dan minta teruskan dengan RM11 juta tetapi tidak dipertimbangkan pihak bank menyebabkan mereka memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 29 Mei 2008.

Katanya, Zima Properties Sdn. Bhd., memohon tuntutan kehilangan keuntungan, kos dibelanja, faedah yang telah dibayar kepada bank tersebut berjumlah RM15 juta.

Selain itu, kata Wan Zainuddin pihak plaintif turut menuntut ganti rugi am berjumlah RM100 juta di atas kejatuhan maruah, nama baik, reputasi, 'goodwill' dan potensi perniagaan mereka.

Rugi kerana suara wanita Hong Kong

KUALA LUMPUR - Gara-gara terpesona dengan suara manja dan seksi seorang wanita Hong Kong, seorang tukang paip kerugian RM127,000 apabila diperdaya satu sindiket cabutan bertuah Mei lalu.

Lam Seng Yoke, 32, telah kehila- ngan semua wang simpanannya yang dikumpul sejak beberapa tahun lalu selepas diperdaya kononnya dia telah memenangi cabutan bertuah bernilai HKD200,000 (RM88,200).

Lelaki dari Bukit Jalil itu mendakwa, segalanya bermula apabila dia menerima satu panggilan dari- pada seorang wanita dari Hong Kong pada 24 Mei lalu.

"Gadis yang bermulut manis itu telah mengajak saya menyertai satu pameran barangan kemas yang diadakan di sebuah pusat membeli- belah di Jalan Imbi pada 29 Mei.

"Dia turut memberi saya nombor cabutan bertuah dan menyuruh saya menyimpannya untuk mengambil hadiah sekiranya menang," katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA, Jalan Ampang di sini semalam.

Menurut mangsa itu, walaupun teruja dengan tawaran tersebut, dia tidak pergi ke pusat membeli-belah berkenaan bagi mengesahkan pame- ran itu.

Seng Yoke memberitahu, tiga hari kemudian, gadis sama menghubungi- nya semula dan menyatakan nombor pada tiketnya telah memenangi tempat kedua bernilai RM88,200.

"Sedang saya bergembira dengan berita tersebut, saya terima lagi satu panggilan daripada seorang lelaki yang mengaku sebagai pengurus syarikat itu dan mengarahkan saya memasukkan RM12,800 sebagai bayaran peguam dan keahlian," katanya.

Ujar tukang paip itu, selepas menunggu selama dua bulan, dia mene- rima satu panggilan daripada lelaki yang sama dan mengatakan wang itu memerlukan proses yang lama untuk dikeluarkan.

Oleh itu ceritanya, dalam tempoh tersebut dia perlu melaburkan wang tersebut dan hasilnya dia akan menerima wang keseluruhan sebanyak RM3.5 juta.

"Untuk meyakinkan saya, sindiket itu telah menghantar sijil keahlian yang difakskan kepada saya dengan menulis nama dan ditandatangani oleh seorang lelaki bernama William C. Smith," katanya.

Kata Seng Yoke, oleh kerana yakin akan mendapat wang itu, dia telah memasukkan sebanyak RM127,000 ke dalam akaun lelaki tersebut hingga 2 September lalu.

"Bagaimanapun, saya akhirnya tersedar apabila lelaki itu meminta saya memasukkan sebanyak RM50,000 untuk bayaran terakhir kononnya bagi membayar cukai kepada kerajaan China," katanya.

Pagi Ramadan beli makanan


ORANG ramai sudah berkumpul sejak pukul 8 pagi di sebuah gerai makanan di Tampin, Negeri Sembilan semalam.


TAMPIN - Lagi beli pada siang hari!

Sebilangan penduduk tempatan beragama Islam tanpa segan silu membeli makanan seawal 9 pagi di salah sebuah restoran di daerah ini semalam.

Tinjauan ke restoran berkenaan selepas menerima beberapa aduan daripada orang ramai mendapati kira-kira 10 hingga 20 orang beragama Islam terutamanya golongan lelaki membeli makanan seperti bukan berada di bulan Ramadan.

Apa yang menghairankan, restoran yang menjadi tumpuan kaki ponteng puasa itu hanya terletak di tengah-tengah pekan yang merupakan tempat tumpuan orang ramai.

Salah seorang pengadu yang mahu dikenali sebagai Kamal, 36, memberitahu, lebih mendukacita ada kaki ponteng puasa terdiri beberapa pekerja beruniform kerajaan dan swasta membeli.

Mereka yang membeli makanan berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun. Dan mula membeli makanan sejak dari pukul 8 pagi hingga 2 petang.

Sepanjang pemerhatian dibuat, pembeli makanan akan memakai topi keledar atau kaca mata hitam bagi mengelak dikenali ramai.

"Kalau dah beli makanan seawal pagi sudah tentu mereka tidak berpuasa pada hari itu. Janggal kalau beli waktu pagi untuk disimpan waktu berbuka,'' kata Kamal di sini semalam.

September 15, 2008

Zaid Ibrahim letak jawatan


Datuk Zaid Ibrahim


KUALA LUMPUR 15 Sept. - Datuk Zaid Ibrahim hari ini meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Surat perletakan jawatan beliau diserahkan kepada Perdana Menteri di Putrajaya pada pukul 2 petang ini.