![]() |
| WARGA Indonesia sesak membanjiri Jeti Pelabuhan Melaka sementara menunggu giliran menaiki bot untuk balik ke Dumai, Pekan Baru dan Bengkalis, Sumatera di Melaka, semalam. |
Ketika tinggal tiga hari sahaja lagi Ramadan akan berakhir, umat Islam di seluruh dunia semakin sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bagi mereka yang tinggal jauh dari kampung halaman, sudah pasti kini sibuk bersesak-sesak di semua lokasi kenderaan awam untuk pulang menyambut 1 Syawal bersama keluarga dan sanak saudara tercinta.
Mingguan Malaysia yang membuat tinjauan di jeti itu semalam mendapati suasana itu tidak terkecuali bagi warganegara Indonesia yang bekerja di negara ini khususnya di Melaka.
Saban tahun, Jeti Pelabuhan Sungai Melaka pasti menjadi tumpuan apabila beratus-ratus warga Indonesia yang bekerja di negara ini, membanjiri lokasi tersebut untuk pulang berhari raya di kampung masing-masing.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, jeti Pelabuhan Melaka sememangnya menjadi tumpuan rakyat Indonesia untuk pulang ke negara mereka memandangkan kedudukannya paling dekat dengan sempadan negara berkenaan.
Jabatan Imigresen negeri menjangkakan lebih 900 warga Indonesia sejak minggu lalu melalui jeti tersebut bagi perjalanan dua jam ke Dumai, Bengkalis dan pekan Baru di Sumatera.
Bilangan tersebut dijangka bertambah sempena cuti hujung minggu ini apabila ada ahli keluarga dan majikan mengambil kesempatan menghantar saudara atau pekerja rakyat Indonesia yang mahu pulang di jeti berkenaan.

No comments:
Post a Comment