![]() |
| pelita daripada barangan terpakai berbentuk pelita Masjid Alazim, Menara Kuala Lumpur dan Ferris Wheel menjadi tarikan di Kampung Padang , kelmarin. - Gambar Aapai Sepai |
Kedatangan Syawal tidak lama lagi sememangnya ditunggu oleh umat Islam yang menjalani ibadah berpuasa terutama kanak-kanak.
Pelbagai cara digunakan untuk memeriahkan sambutan hari raya dan sudah menjadi tradisi di sesetengah tempat, pertandingan memasang pelita masih diteruskan dengan niat untuk mengembalikan nostalgia Ramadan semasa ketiadaan elektrik suatu masa dahulu.
Pertandingan pasang pelita sama sahaja seperti memasang lampu berwarna-warni serta membuat biskut iaitu untuk mewujudkan suasana ceria dan gembira perayaan yang datang hanya setahun sekali.
Itulah yang dilakukan masyarakat Kampung Padang apabila pada 10 malam terakhir Ramadan setiap penduduk akan bergotong royong menyiapkan pelita menggunakan bahan-bahan terpakai.

No comments:
Post a Comment