September 12, 2008

Kg Padang ada pakar cipta meriam besi


MELAKA: Seorang remaja dari Kampung Padang, Pokok Mangga, Malim, menggunakan kemahirannya sebagai jurukimpal untuk mencipta dua meriam besi menggunakan tiang telefon dan tiang bagi menggantung jaring badminton.

Bahan letupan yang digunakan pula adalah karbait yang boleh dibeli dengan mudah.

Selepas mencuba dua atau tiga kali ciptaannya, dia ditahan polis selepas menerima aduan penduduk kampung yang terkejut dengan bunyi meriam luar biasa itu, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata penahanan remaja berusia 17 tahun itu kerana terbabit dalam kes bermain meriam besi adalah yang pertama dilaporkan di negeri ini.

No comments: