PASIR PUTEH 11 Sept. - Seorang pemuda yang dipercayai mencuri talian kabel cedera parah dibelasah anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Kampung Kedai Menanti, Selising dekat sini awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, anggota SRS di bawah penyeliaan Rukun Tetangga (RT) di kawasan berkenaan terserempak dengan lelaki terbabit yang sedang membakar penebat kabel bagi tujuan mendapatkan tembaga.
"Selepas melihat kehadiran anggota SRS berkenaan, lelaki tersebut melarikan diri dengan motosikalnya.
''Anggota SRS yang mengejar lelaki itu berjaya menahannya di Kampung Kubang Telaga, Bachok dan setelah dibelasah, dia dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment